Sunday, November 4, 2012

misi masuk hutan- PALAPES

Bismillahirrahmanirrahim..

hari ni hari ahad, means besok kami akan outing lagi untuk aktiviti palapes for a week. 05 nov till 9 nov. Dengar cerita akan berkampung dalam hutan, wallahua'lam. tapi yang pasti dalam seminggu tu akan ada aktiviti tidur dalam hutan. teringat PLKN lagi. tapi mungkin suasana PLKN akan berbeza dengan PALAPES.

so, sebelum misi bermula, of course otai PALAPES bagi taklimat then antara barang-barang yang perlu kami bawa adalah parang, tali, insect repellent, torchlight dan baju-baju yang secukupnya lah. masuk hutan punya pasal, kelmarin berhabis la shopping segala keperluan. dari yang asas sampailah kepada kehendak. maknanya yang komando tu nda sebut pun dibeli jua. kira cincai, almost hundred hengget jua habis. hoho.. nda sabar mau masuk hutan, tapi yang nda tahan tu bila terkenang experience masa PLKN, tidur 1 malam dalam hutan pastu tiada mandi lagi tu..ieeyeww-_- just forget it. tu cabaran baru sikit kan^^

Doakan kami selamat masuk dan keluar dari hutan. tau-tau ja la hutan ni banyak betul makhluk tinggal. makhluk yang nyata ada, yang nda nyata pun ada. huhi..agak seram tapi kita redah ja. siap bawa buku ruqyah lagi nanti. insyaAllah..hehe..



Tu dia sebahagian daripada barang-barang yang mau bawa nanti. raincoat mesti ada sebab sekarang ni musim hujan. sleeping bag pun bawa juga, sengaja memanjakan diri dalam hutan. itu pun kalau dibenarkan bawa la.. and the most important thing is, body scrub gitu.. balik dari PALAPES harus pekena body scrub. takut-takut banyak daki melekat di badan. hehe.. i chose yang kopi punya coz pernah tengok di tv, spa guna serbuk kopi as body scrub. bagus untuk kulit kononnya. biasalah perempuan kan, jadi normal la ada naluri mau kulit cantik. kalau tiada naluri begitu, hati-hati, mau di check tu tau..hehe..tapi kenyataannya wallahua'lam.. tiada pula saya buat kajian^^ cuma wangi dia ya ampun, rasa macam mau makan ja. sedap gilerr..automatik terbayang ice blended cappucino..huuuh..kecur liur weh..tapun tapun^^..believe it or not? bolehlah beli sendiri di kedai and try it..ehe^^



*oleh sebab masuk hutan besok, so mau juga wish happy birthday in advance to my mum, 05 nov, and my sista, 07 nov. and i 12 nov^^


DPI unggul awesome!

Bismillahirrahmanirrahim..


Al- Qawiyy! Al-Amin!
Al-Qawiyy! Al-Amin!
Al-Qawiyy! Al-Amin!

Wira Jakim! Fight!fight!fight!
Wira Jakim! Win!Win!Win!
Wira Jakim! Go!Go!Go!

Jakim! 6,5,1!
Jakim! Cemerlang!
Jakim! Gemilang!
Jakim! Terbilang!

yeah! itu adalah laungan semangat DPI siri 3 yang mula dilaungkan semasa DPI Unggul di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang.

Hari kedua DPI, kami terus meng'outing'kan diri ke Dusun Eco Resort untuk aktiti DPI Unggul. Best tidak terkata^^ semua aktiviti outdoor DPI unggul ni dikendalikan oleh Eco Team Building yang diketuai oleh En. Mahadi Mohd. Memang sporting habis you.

Macam-macam aktiviti yang kami layan such as abseiling, wall climbing, air bridge, obstacles, flying fox, paintball and many more^^. lagi best dari PLKN dulu. hehe.. yang bestnya cikgu mahadi ni, aktiviti kami ni bukan setakat main-main and enjoy-enjoy tapi kami enjoy sambil menghayati mesej yang tersirat. mesej cinta pada Allah, dan mesej cinta pada alam. pendekatan yang sangat sempoi wa cakap lu^^ no scolding, no rushing, no stressing..hehe. satu lagi aktiviti yang nda pernah team building lain buat is 'imsak walk'. mengambil sunnah nabi yang suka berjalan pada waktu subuh. love that. tapi cuma berkesempatan buat 2 kali sepanjang seminggu di dusun eco.

orait, jangan cakap banyak, kita layan gambar-gambar yang ada^^ mau share video, tapi nda dapat upload..huhu..




























kredit to eco team building^^ luar biasa pak^^



DPI siri 3 mari..

Bismillahirrahmanirrahim..


Today is sunday, and hari ini adalah the fifth sunday yang saya lalui sebagai peserta DPI siri 3. Well, DPI means Diploma Pengurusan Islam yang mana semua PHEI start dari lantikan 2010 wajib ambil sebagai salah satu syarat yang Jakim letakkan untuk pengesahan jawatan. Siri 3 tu sebab batch kami adalah yang batch yang ke-3.

Realiti hari ini, saya sendiri tidak nafikan yang mana jabatan-jabatan agama sekarang sering diperlekehkan, rasa hormat masyarakat terhadap jabatan agama agak memilukan. mungkin ianya hasil daripada pengurusan jabatan agama itu sendiri atau peribadi kakitangan yang berkhidmat di jabatan agama ataupun peribadi masyarakat itu sendiri. tapi rasanya tidak perlu menuding jari pada siapa-siapa. masing-masing punya kelemahan. Bagi saya, kakitangan agama mahupun masyarakat perlu sama-sama memainkan peranan untuk memantapkan institusi Islam di Malaysia khususnya.

ouch, jadi tazkirah la pula. back to the topic, saya cuma mau cerita bout DPI. sekarang ni sudah sebulan 1 minggu saya dan kawan-kawan PHEI berhempas pulas mengerah fizikal dan minda. hoho. jadual amat-amatlah padat you. tapi rasanya DPI masih ringan lagi kalau mau dibandingkan dengan DPA untuk PTD. i just heard gitu- gitu ja la. undenied PTD memang mantap^^. even PTD dan PHEI is different(am i right?), still we are one as kita sama-sama dalam perkhidmatan awam. saling memerlukan each other. (without prejudice)^^

bagi saya, DPI ni quite good la walaupun sometimes akan rasa macam tidak mampu mau hadapi baki 5 bulan akan datang due to masa yang sangat packed. tapi kena ambil yang positif la kan. Teringat kata-kata seorang Pengetua di tempat saya bekerja dahulu.. katanya "Pandanglah yang di hadapan itu dengan positif, insyaAllah hasilnya juga akan positif".

Semoga Allah memberi kekuatan untuk 'kita' terus berjuang di jalanNya..

amiin yaAllah


Perjuangan belum selesai

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini genap 8 bulan 2 hari saya memegang title penjawat awam, Alhamdulillah.. Hari tu dapat surat lapor diri on 02 April 2012 dan kerja under JPM as PHEI Jakim.

Namun dalam keterujaan terselit kebimbangan. bahkan peratusan kebimbangan, kerisauan, kerendahan diri sebenarnya melebihi peratusan keterujaan. Sejak awal lagi pelbagai persoalan menghambat diri, "Layak kah aku? Mampu kah aku? dalam realiti diri sendiri terasa tiada ilmu, terasa sangat berat amanah yang perlu dipikul". 

Namun minda tetap dipositifkan, hati tetap cuba diteguhkan dan akal semahunya diwaraskan dengan berpautkan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286, maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".. mungkin ada hikmahnya. kalau bukan kita, siapa lagi yang mahu berjuang untuk Islam. lagi-lagi Sabah sendiri perlukan suntikan keagamaan. Cuma yang perlu dilakukan adalah mulakan langkah untuk menggali sebanyak mana ilmu ukhrawi dan duniawi sebagai senjata untuk berjuang dalam medan ini. Bukan mudah, jangan dipandang enteng mujahadah ini. Perlu mantapkan hati, teguhkan jiwa dan selalu berpaut pada-Nya, mohon kekuatan atas rahmat dan inayah-Nya.

Besar harapan saya kepada diri sendiri dan seluruh umat Islam, semoga kita bersama-sama punya hati untuk berjuang demi agama Allah berpautkan rahmat Allah dan syafaat baginda Rasulullah S.A.W. Semoga hidayah Allah selalu bersama kita.

Sedarlah, tugas dan kewajipan menegakkan agama sama ada dalam diri kita mahupun orang lain bukan cuma terletak pada pegawai agama, bahkan selagi bergelar umat Islam, selagi itulah kewajipan itu terletak di atas bahu sendiri. Jika percaya pada Allah, Kasih pada Rasul-Nya, bangkitlah berjuang pertahan diri dan agama. Lawan nafsu biar bermatian, asal agama jadi number one. -Rabbana Yassir wa la tu'assir-

wallahua'lam bissawab..

*saya freshie lagi, mohon tunjuk ajar dari otai-otai^^