Sunday, November 4, 2012

Perjuangan belum selesai

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini genap 8 bulan 2 hari saya memegang title penjawat awam, Alhamdulillah.. Hari tu dapat surat lapor diri on 02 April 2012 dan kerja under JPM as PHEI Jakim.

Namun dalam keterujaan terselit kebimbangan. bahkan peratusan kebimbangan, kerisauan, kerendahan diri sebenarnya melebihi peratusan keterujaan. Sejak awal lagi pelbagai persoalan menghambat diri, "Layak kah aku? Mampu kah aku? dalam realiti diri sendiri terasa tiada ilmu, terasa sangat berat amanah yang perlu dipikul". 

Namun minda tetap dipositifkan, hati tetap cuba diteguhkan dan akal semahunya diwaraskan dengan berpautkan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286, maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".. mungkin ada hikmahnya. kalau bukan kita, siapa lagi yang mahu berjuang untuk Islam. lagi-lagi Sabah sendiri perlukan suntikan keagamaan. Cuma yang perlu dilakukan adalah mulakan langkah untuk menggali sebanyak mana ilmu ukhrawi dan duniawi sebagai senjata untuk berjuang dalam medan ini. Bukan mudah, jangan dipandang enteng mujahadah ini. Perlu mantapkan hati, teguhkan jiwa dan selalu berpaut pada-Nya, mohon kekuatan atas rahmat dan inayah-Nya.

Besar harapan saya kepada diri sendiri dan seluruh umat Islam, semoga kita bersama-sama punya hati untuk berjuang demi agama Allah berpautkan rahmat Allah dan syafaat baginda Rasulullah S.A.W. Semoga hidayah Allah selalu bersama kita.

Sedarlah, tugas dan kewajipan menegakkan agama sama ada dalam diri kita mahupun orang lain bukan cuma terletak pada pegawai agama, bahkan selagi bergelar umat Islam, selagi itulah kewajipan itu terletak di atas bahu sendiri. Jika percaya pada Allah, Kasih pada Rasul-Nya, bangkitlah berjuang pertahan diri dan agama. Lawan nafsu biar bermatian, asal agama jadi number one. -Rabbana Yassir wa la tu'assir-

wallahua'lam bissawab..

*saya freshie lagi, mohon tunjuk ajar dari otai-otai^^

No comments:

Post a Comment