Saturday, November 3, 2012

onyomat geset go! ^_-

Bismillahirrahmanirrahim..


03 November 2012.. saya kira satu tarikh keramat kerana saya berjaya memaksa hati dan minda (dengan kuasa Allah, sudah tentu) untuk kembali mengekspresikan apa yg terbungkam dalam jiwa, hati mahupun minda.

sebenarnya ini bukanlah cubaan kali pertama saya untuk meluahkan rasa di ruang expresi ini, bahkan mungkin ia adalah kali ke-5, ke-6 atau lebih daripada itu tapi semuanya menemui titik koma. bukan noktah kerana saya tidak pernah berniat untuk berhenti terus daripada meluah dan membebel dalam alam virtual. cuma saja sebelum ini cara saya mungkin agak santai dan terserlah ketidakmatangan dalam per'luah'an dan pem'bebel'an saya. malah kesungguhan saya pada masa itu juga mungkin cuma hangat-hangat t*** ayam.

harapan saya kepada diri saya sendiri agar biarlah semangat yang menyemarak pada saat ini tidak akan pernah padam walaupun kekangan masa selalu menjadi halangan utama. InsyaAllah.. so, onyomat geset go! this is the beginning. InsyaAllah..


*WARNING! ini cuma ruang expresi peribadi^^

No comments:

Post a Comment